Monday, May 26, 2008

SUKMA, Teka-Teki atau Pantun yang tak berangkap.

Terengganu 2008 menyaksikan penjelmaan kembali edisi baru Sukan Malaysia (SUKMA). Edisi sahaja menjanjikan pembaharuan, ditambah dengan perbelanjaaan yang meningkat namun permasalahan asas masih wujud.

Kelmarin Datuk Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia menegur kepesongan pengelola SUKMA, kononnya mereka kini membelakangkan pencungkilan bakat baru dengan membenarkan penyertaan minima atlet muda kebangsaan.

Saya meminta maaf awal-awal lagi kepada pembaca jika disangka saya akan berpegang kepada agenda pembangunan yang ditunjangi ramai. Secara peribadi saya kurang senang SUKMA dijadikan kejohanan kelas kedua. Dah nama pun Sukan Malaysia, bukankah ia seharusnya membariskan atlet-atlet yang bersaing untuk keunggulan peribadi dan kejaguhan di peringkat Kebangsaan. Jika kecemerlangan digapai atlet remaja dalam suasana cabaran terbuka, SYABAS saya ucapkan – yang itu sememangnya permata.

Tepuk dada Tanya selera, tiadakah kejohanan peringkat umur 12, 14, 16, 18 dan 20 untuk setiap sukan? Sebagai contoh kita lihat situasi olahraga - badan kebangsaan MAAU menganjurkan Kejohanan Remaja Kebangsaan, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga menganjurkan kejohanan diperingkat kebangsaan. Ditambah lagi kejohanan-kejohanan serantau, antara sekolah ASEAN, Universiti ASEAN dan Dunia. Bagaimana pula dengan kejohanan – kejohanan diperingkat zon, daerah, negeri dan jemputan. Adakah perlu SUKMA dijulang sebagai medan mutlak melahirkan atlet baru, atau ia semata-mata untuk menutup kepincangan dan ketidak berkesanan kejohanan-kejohanan yang disebut diatas.

Secara jujur, pernahkah kita terkejut dengan nama-nama yang timbul mengungguli edisi-edisi SUKMA yang lepas? Mungkin aturannya berbeda, tetapi pokoknya atlet-atlet yang bakal menerajui kelompok atasan acara sukan telah lama kita senaraikan. Bukannya kita tiba-tiba mempunyai bakat Nostradamus untuk menilik siapa yang bakal menang, tetapi fakta yang barisan bakat yang dikenalpasti selalunya memenangi acara mereka menunjukkan bahawa SUKMA bukanlah medan pembangunan atau mencungkil bakat yang mutlak. Ia telah lama tercapai melalui kejohanan-kejohanan yang disebut diatas.

Jadi di mana arah tuju SUKMA yang sebenar? Bagi saya SUKMA mempunyai potensi besar menjana kecemerlangan sukan Negara jika ianya dibiarkan menjadi medan persaingan atlet terbaik Negara yang mewakili negeri masing-masing. Ia bukan sahaja dapat menunjangi kegemilangan sukan tetapi mewujudkan budaya sukan yang berlandaskan kecermerlangan di sepelusuk Negara serta membawa penglibatan aktif sektor swasta dalam pembangunan jangka panjang sukan Negara.
Jika di perinci secara halus, di manakah hilangnya permata-permata yang kita gilap dalam kejohanan-kejohanan remaja selepas alam persekolahan dan universiti. Hanya secebisan kecil atlet yang meneruskan perjuangan menjalani latihan dan bertanding di peringkat senior, itu pun yang berpusat dan menerima elaun latihan dibawah MSN. Ratusan malah ribuan lagi menghilang disebabkan void yang ditinggalkan dalam program sukan Negara.

Ia, saya membicarakan konteks retention vs development (pembangunan). Juara sesuatu acara di peringkat remaja tidak semestinya memenangi acara tersebut di peringkat senior atau dunia. Kebanyakan juara di peringkat senior dalam acara-acara individu merupakan late bloomers. Jadi seseorang yang mendapat rangking kelima dalam kejohanan-kejohanan remaja kebangsaan berkemungkinan akan berjaya memenangi acara senior beberapa tahun kelak. Namun isu perancangan kewangan tidak membolehkan golongan persisiran ini diserap dalam program kebangsaan.

Jadi kemana arah tuju mereka? Dan apakah peranan agensi kerajaan berkaitan dalam merangka polisi yang membolehkan mekanisme retention ini berlaku tanpa membelanjakan wang pembayar cukai.

Adakah membenarkan SUKMA menjadi medan dimana atlet terbaik Negara berjuang tanpa batasan umur akan mewujudkan outlet baru untuk atlet-atlet persisiran meneruskan perjuangan mereka? atau

Adakah majikan atlet-atlet persisiran ini turut akan serta dalam menggalakkan penglibatan mereka, disebabkan advertisement - branding milage yang bakal dibawa dengan penyertaan staf mereka di Kejohanan ulung di Negara? Yang boleh mewujudkan ombak dalam minat bersukan dikalangan warga Malaysia.

Dan Adakah kebanjiran atlet persisiran yang ramai dan masih bergiat aktif menggalakkan program-program remaja sedia ada, mencapai nafas baru melalui penganjuran yang mapan dan kualiti penyertaan yang baik? Atau

Adakah rakyat Malaysia akan bising jika seorang atlet persisiran yang tidak dibawah program kecemerlangan MSN menggantikkan (katakan Norseela) yang mengalami kecederaan sebelum sukan SEA, tetapi mampu kembali dengan pingat? Atau

Perlukah lepas ini MSN menghantar atlet elit mereka keluar Negara gara-gara atlet remaja yang berkuasa kuda 200hp gagal memberikan saingan kepada kuda-kuda 500hp, Jika kita sendiri mempunyai ratusan 500hp dalam bentuk atlet persisiran?


Renungkan lah!

1 comment:

Anonymous said...

Some athletes are early bloomer, while some bloom later than the other. By limiting age group athletes to grace SUKMA, we are sidelining some of our potential athletes who did not peak soon enough in their career, maybe due to lack of physical strength or maybe psychologically immature.

We do not have a sporting culture of late (unlike the yesteryears), and we can't boast of enough athletic meets or cycling events for the masses.

Well, too much rhetoric, need to start somewhere eh? See you at the finish line bro :) Thank you for the kind wishes too...

Cheers,